BUAT 3 PERKARA INI UNTUK MENGENAL PASTI KEPERLUAN DANA KECEMASAN ANDA – Bahagian 2

Tulisan sebelum ini bercerita tentang di mana anda sekarang, dan bagaimana anda boleh mengira perlindungan yang sesuai bagi anda. Kali ini saya sertakan satu kajian kes Supaya anda lebih nampak dengan jelas tentang risiko-risiko yang anda mungkin hadapi sekiranya anda tidak menyediakan pelan yang betul.

Jawapannya anda memang perlu

Kajian Kes : Samad

bajet
Kira – kira duit keluar masuk Samad sebulan

Samad berumur 32 tahun, sepuluh tahun pengalaman bekerja dan kini seorang pengurus di syarikat telekomunikasi. Mempunyai 4 tanggungan iaitu isteri seorang suri rumah berumur 30 tahun , 2 orang anak berumur 4 dan 2 tahun dan ibu kandung berusia 68 tahun. Dia ingin tahu berapa jumlah pampasan diperlukan dalam menambah polisi hibah atau penggantian pendapatan supaya dapat melangsaikan segala hutang sedia ada dan ingin mengekalkan gaya hidup selesa yang sama sehingga sekurang – kurangnya 20 tahun lagi. Berikut adalah maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan beliau :

  1. Samad berpendapatan RM8,000 sebulan, menyewakan satu daripada dua rumahnya sebanyak RM900 sebulan
  2. Simpanan dan pelaburannya berjumlah RM66,000 manakala KWSP Samad berjumlah RM119,903 selepas pengeluaran yang lepas.
  3.  Kereta Preve berbaki pembiayaan sebanyak RM36,213 manakala Viva sebanyak RM7,500
  4. Rumah yang didiami masih mempunyai baki pembiayaan sebanyak RM229,832 manakala rumah yang disewakan berbaki RM109,798 kedua-duanya mempunyai MRTT (akan dilangsaikan sekiranya lumpuh kekal ataupin meninggal dunia)
  5. Samad mempunyai satu polisi takaful. antara manfaat yang datang bersamanya adalah : Pampasan asas RM10,000 sekiranya berlaku kematian, pampasan sakit kritikal dan pampasan kematian atau lumpuh kekal akibat kemalangan setiap satu berjumlah RM10,000. Dia juga akan ditanggung dari segi perubatan bersama medikal kad sebanyak RM100,000 setahun dan RM1,000,000 had sepanjang tempoh polisi.

Apa akan terjadi sekiranya dia ditakdirkan kemalangan dan lumpuh kekal semalam? pendapatan beliau sebanyak RM8,000 sebulan akan terhenti. Berikut adalah gambaran jika terjadinya senario seperti ini

  1. Apabila terjadinya lumpuh kekal terhadap Samad, pembiayaan kedua-dua rumahnya tidak perlu dibayar lagi kerana sudah dilangsaikan oleh MRTT.
  2. Polisi takafulnya menanggung segala kos perubatannya.
  3. polisi takafulnya tidak perlu dibayar lagi kerana lumpuh kekal jatuh di dalam manfaat pengecualian bayaran (waiver) sehingga tamat tempoh polisi. Sekurang-kurangnya kos hospital bukan lagi masalah asalkan had tahunannya boleh menampung.
  4. Samad menerima wang pampasan lumpuh kekal dari polisi takafulnya sebanyak RM20,000 (manfaat asas + manfaat kemalangan)
  5. Beliau masih ada pendapatan bulanan sebanyak RM900 sebulan
  6. beliau terpaksa menggunakan duit simpanan beliau untuk melangsaikan baki pembiayaan kedua – dua kereta menjadikan baki simpanan beliau selama 10 tahun bekerja hanya tinggal RM22,287 
  7. Bantuan sebanyak RM500 kepada ibunya nampak amat tidak realistik untuk diteruskan.
  8. Simpanan yang diketepikan sebanyak RM1,000 sebulan akan terhenti
  9. Perbelanjaan seisi keluarga masih lagi memerlukan sebanyak sekurang – kurangnya RM2,850 sebulan dimana Samad kekurangan sebanyak RM1,960 kerana hanya ada pendapatan dari sewaan rumah.
  10. Samad boleh mengeluarkan semua simpanan hari tuanya di KWSP berjumlah RM119,903. Bila dicampurkan dengan baki simpanan Samad  dan pampasan takaful, hanya mempunyai dana sebanyak RM 152,170. Jika dihitung berapa lama Samad dan keluarga boleh bertahan dengan dana itu, kita dapati bahawa Samad hanya akan bertahan selama lebih kurang 6 tahun setengah iaitu sehingga umurnya 38 tahun. Anak sulungnya  baru menginjak umur muda 10 tahun.

Di sini jelas bahawa jika anda tidak betul-betul duduk dan kirakan bersama seorang penasihat takaful yang kompeten, anda akan mempunyai pelan dana kecemasan pra-matang. Sakitnya bukan akan dirasai sekarang, ianya akan berlaku nanti ketika keluarga anda masih memerlukan anda sebagai ketua keluarga.

img_1223

Ikuti bahagian terakhir topik ini di mana saya akan memberikan contoh solusi yang boleh anda pertimbangkan ikut keperluan anda sendiri. Ingat, semua orang tidak sama keperluannya akan tetapi contoh saya boleh digunapakai oleh semua orang asalkan sudah betul-betul mengenal pasti jumlah yang anda perlukan

Advertisements

One thought on “BUAT 3 PERKARA INI UNTUK MENGENAL PASTI KEPERLUAN DANA KECEMASAN ANDA – Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s