BUAT 3 PERKARA INI UNTUK MENGENAL PASTI KEPERLUAN DANA KECEMASAN ANDA

img_1210

Salam perkenalan dan selamat datang ke Takaful Ready Malaysia. Beberapa hari yang lepas saya ada ajukan soalan kepada rakan-rakan di facebook tentang berapa jumlah dana yang diperlukan sekiranya terjadi musibah seperti kehilangan upaya untuk menjana pendapatan untuk keluarga.

Persoalan yang perlu kita jawab mulai dari sekarang. BERAPA?

snapseed

Rata-rata maklum balas di ruangan komen memberi gambaran sedikit sebanyak kepada saya tentang tahap kesedaran dan pemahaman mereka tentang perancangan kewangan.

snapseedsnapseed

Mengenal pasti jumlah yang diperlukan dengan tepat adalah sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan harga sumbangan bulanan sesebuah polisi takaful. Ini untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih dari keperluan anda. Kerana pendapatan kita bersifat terhad.

Secara purata, maklum balas dari rakan-rakan di status facebook tersebut merasakan yang mereka perlukan lebih kurang dana sebanyak RM1.5 juta untuk melangsaikan hutang piutang dan meneruskan hidup dengan selesa. Sudahkah persoalan ini bermain di minda pembaca semua? Dan bagaimana untuk benar–benar pasti akan jumlah dana yang anda perlukan? Adakah ianya sama untuk semua? Di sini saya akan kongsikan beberapa perkara bagi memastikan anda dapat kirakan jumlahnya dengan lebih tepat supaya anda boleh tahu dengan jelas berapa pampasan kematian, sakit kritikal atau lempuh kekal yang anda perlukan dengan takaful untuk mengelakkan kesusahan dikemudian hari.

At the unveiling of the EPF’s annual report yesterday, Mohd Naim highlighted that as of last year, 68% of EPF members aged 54 had savings of less than RM50,000.

The Star, 4hb Mei 2016

#1 Ambil tahu jumlah simpanan sekarang

  • Untuk memastikan anda benar-benar faham akan di tahap mana daya ketahanan kewangan anda, intai-intai lah simpanan anda sekarang. Berapa lama anda mampu menyara diri sendiri dan tanggungan dengan jumlah sedia ada.
  • Simpanan kecemasan, KWSP (lumpuh kekal, Kematian, atau umur 50,55,60), Pelaburan, Tabung Haji dan apa-apa aset yang boleh dicairkan seperti emas juga boleh di ambil kira.

#2 Ambil tahu jumlah pembiayaan bank dan hutang peribadi anda

  • Seorang individu dewasa sama ada masih bujang atau mempunyai tanggungan akan mempunyai keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya. Mereka juga tidak akan dapat lari dari kemahuan yang akan memberikan keselesaan dalam menjalani kehidupan.
  • Untuk memenuhi keperluan dan kehendak tersebut mereka perlukan punca pendapatan. Oleh kerana pendapatan adalah bersifat terhad dan tidak mampu untuk memenuhi semuanya secara serentak, seseorang individu akan memiliki harta keperluan dan kehendak itu dengan kemudahan pembiayaan.
  • Pembiayaan seperti rumah, sewa beli kereta dan pembiayaan peribadi kebanyakannya adalah dalam kategori pembiayaan jangka masa panjang. Jika kita kehilangan upaya untuk bekerja sebelum tamatnya tempoh pembayaran semula apa akan jadi kepada diri anda dan semua tanggungan anda yang masih perlu meneruskan kehidupan seperti biasa?
  • Sesetengah pembiayaan bank ada disertakan perlindungan takaful yang akan melunaskan baki hutang anda. (Mortgage Reducing Term Takaful) MRTT bagi pembiayaan perumahan selalunya di syaratkan oleh kebanyakan bank, pampasan akan dibayar bagi pihak anda kepada institusi pembiayaan mengikut baki pembiayaan anda. Kad keredit dan pembiayaan peribadi juga kadang-kadang anda tidak sedar pernah bersetuju untuk melanggan takaful. Saya nasihatkan untuk kesemua pembiayaan yang anda ada diperiksa samada anda sudah ada perlindungan untuk setiap satu.
  • Simpan rekod jika anda ada meminjam duit rakan atau sanak saudara supaya anda boleh maklumkan kepada waris terdekat (jika berlakunya kematian) dan untuk anda masukkan dalam jumlah perlindungan takaful anda perlu sediakan.

#3 Kirakan berapa kos sara hidup yang selesa untuk anda dan tanggungan anda

  • Perlu diingat, perbelanjaan sara hidup ini sudah dikira bersih dari komitmen hutang kerana anda sudah tentukannya di ruangan hutang dan pembiayaan. Anggap pampasan sekian sekian sudah melangsaikan komitmen tersebut.

The life expectancy of Malaysian residents continues to rise, reaching 74.7 years in 2016 compared to 72.2 years in 2000.

The Malay Mail, 31 Oktober 2016

  • Mengikut bilangan isi rumah di bawah tanggungan anda, kirakan berapa lama anda perlu tanggung keperluan seharian mereka. Untuk pasangan sudah tentu hingga ke jannah oleh itu anda boleh menggunakan statistik anggaran jangka hayat secara umum di Malaysia. WHO menyiarkan pada tahun 2015 secara puratanya rakyat malaysia akan hidup sehingga umur 75 tahun . Untuk anak-anak saya cadangkan anda mempertimbangkan sehingga umur 24 tahun di mana mereka sudah menamatkan ijazah pertama dan melangkah ke alam pekerjaan.

12065824_10153243971385172_4664911136591020314_n

  • Adakah anda bercadang untuk membiayai pendidikan anak – anak ke sesebuah institusi tertentu? cuba dapatkan kos program pembelajaran itu pada masa kini dan cuba selaraskan anggaran kos pendidikan tersebut pada masa hadapan.
  • Ambil kira kos inflasi, di Malaysia secara puratanya kadar inflasi di antara 3% – 4% setahun. Jika kos hidup sekarang tanpa komitment hutang adalah RM3,000 sebulan 20 tahun nanti dengan kadar inflasi 4% setahun anda memerlukan kos sebanyak RM6667.75 sebulan untuk mengekalkan kualiti gaya hidup yang sama.
  • Jumlah yang diperlukan berlainan bagi setiap individu, ianya adalah kerana perbezaan gaya hidup dan pendapatan masing-masing. Orang yang sakit juga memerlukan kos lebih besar jika ianya di tahap kita tidak mampu bekerja. Walaupun nampak rumit saya ada cara untuk anda kirakan dengan tepat

Setakat ini dahulu kupasan saya tentang topik ini. Secara jujurnya saya berpendapat bahawa anda perlu memahami perkara asas ini sebelum berjumpa mana-mana wakil ataupun ejen takaful untuk mengurangkan salah faham ataupun dikelirukan oleh mereka-mereka yang hanya pentingkan target jualan sahaja. Luangkan sedikit masa dan tuliskan butiran-butiran yang dibincangan di atas dengan terperinci.

Teruskan mengikuti  bahagian kedua artikel ini di mana saya akan sertakan satu kajian kes yang terperinci. Saya akan memberikan latar belakang dan butiran perbelanjaan, komitmen bulanan yang seakan-akan individu sebenar yang berkeluarga dan bagaimana individu tersebut boleh menyediakan pampasan yang cukup untuk dirinya dan orang di bawah tanggungan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s