BUAT 3 PERKARA INI UNTUK MENGENAL PASTI KEPERLUAN DANA KECEMASAN ANDA – Bahagian 3

Tulisan ini adalah bahagian terakhir dalam topik ini, jika anda masih belum membaca bahagian 1 dan 2 sila ke pautan ini dan ini terlebih dahulu. Selamat membaca!

Jadi, berapakah jumlah pampasan kematian atau lumpuh kekal yang perlu disediakan oleh Samad mulai dari hari ini? Sebenarnya ada beberapa faktor perlu diambil kira antaranya:

  1. Kemampuan Samad dari segi bayaran sumbangan takaful. Tanda utama sesuatu polisi takaful yang berkesan adalah polisi yang bayaran bulanannya tidak pernah tertunggak. Kegagalan dalam mengenal pasti kemampuan bulanan anda pasti akan membawa kepada terhentinya perlindungan sesebuah polisi.
  2. Samad faham dengan jelas tentang kenapa dia memilih manfaat dan jumlah pampasan tersebut. Walaupun secara ringkasnya lebih besar wang pampasan yang dibayar lebih untung penenerima manfaat sesebuah polisi, namun perlu diingatkan, tanpa memahami dengan jelas anda mungkin akan berperangai pelik seperti Jamal Yunos apabila berlaku sesuatu kelak. ada baiknya dengar betul – betul nasihat yang pakar.
  3. Kadar Inflasi kerana RM3,000 sebulan hari ini tidak mungkin cukup untuk menampung gaya hidup yang sama 20 tahun akan datang
  4. Sediakan pampasan besar dan pakai atau gunakan faedah pengkompaunan (compounding interest) di dalam pelaburan jika pampasan dibayar kepada Samad atau waris?

Cara mudah tidak semestinya yang paling bijak

Seorang ejen boleh sahaja mengusulkan cadangan kepada Samad supaya kirakan gaji sekarang dan gandakan dengan berapa tahun beliau perlukan untuk bertahan selama 20 tahun. RM8,000 sebulan digandaan dengan 240 bulan akan mencecah RM1.9 juta. Sangat bernas jika beliau dapat menyediakan dana sebanyak itu, akan tetapi.. mampukah Samad membayar polisi sebesar ini? Bayaran bulanan akan menjangkau RM600-RM700 dan ini tidak termasuk komitment takaful sedia ada untuk diri dan keluarga.

Pilihan yang boleh dipertimbangkan

  1. Samad membeli polisi takaful berjumlah RM800,000 untuk pampasan lumpuh kekal/kematian dan sakit kritikal. jika terjadinya perkara yang disebut, wang RM800,000 beliau laburkan di mana – mana instrumen yang boleh memberi pulangan 10% setahun. Setiap tahun Samad akan memperoleh pendapatan dari keuntungan pelaburan sebanyak RM80,000. Ianya memungkinkan Samad menjamin pendapatan sebanyak RM6,667 sebulan tanpa menyentuh wang pampasan yang diterima. Satu jumlah yang relevan dengan keperluan seisi keluarga sehingga beliau berumur 52 tahun pada 20 tahun akan datang. Bunyinya amat indah seperti duit Samad tiada pengahiran, namun ianya bergantung kepada kemampuan Samad untuk membayar sumbangan bulanan takaful di antara RM280-RM300 sebulan
  2. Samad membeli polisi takaful berjumlah RM500,000 untuk pampasan lumpuh kekal/kematian dan sakit kritikal.jika terjadinya perkara yang disebut, wang RM500,000 beliau laburkan di mana – mana instrumen yang boleh memberi pulangan 10% setahun. Beliau mengeluarkan setiap awal bulan RM4,785 untuk menampung kehidupan seharian. dengan cara ini pampasan tersebut masih boleh bertahan sehingga 20 tahun akan datang dengan perkompaunan keuntungan. Cara ini masih dapat membantu Samad mencapai matlamat perlindungan kewangannya dengan sumbangan yang lebih rendah iaitu di antara RM180-RM200 sebulan
  3. Samad membeli polisi takaful berjumlah RM300,000 untuk pampasan lumpuh kekal/kematian dan sakit kritikal.jika terjadinya perkara yang disebut, wang RM300,000 beliau laburkan di mana – mana instrumen yang boleh memberi pulangan 10% setahun. Beliau mengeluarkan setiap awal bulan RM2,871 untuk menampung kehidupan seharian. dengan cara ini pampasan tersebut masih boleh bertahan sehingga 20 tahun akan datang dengan perkompaunan keuntungan.Samad masih mencapai matlamat perlindungan kewangan selama tempoh 20 tahun akan tetapi dia perlu lebih berkompromi dengan mengurangkan sedikit belanja dan beliau mungkin akan terkesan dengan kadar inflasi setiap tahun. Akan tetapi sumbangan bulanan akan jauh lebih murah iaitu lebih kurang RM120 sebulan.
Keliru? Jumpa seorang penasihat takaful

Pemahaman sebegini amat perlu supaya anda dan penasihat takaful anda boleh bekerjasama dengan lebih mantap. Jumpa dan duduk betul-betul dengan mereka dan insyaAllah anda akan membuat keputusan yang terancang. Penulisan ini sekadar percubaan saya untuk membuka kesedaran tentang pampasan takaful dan ianya tidaklah sempurna kerana banyak lagi faktor – faktor atau situasi yang boleh kita andaikan dalam membuat pengiraan. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat temu janji untuk perkongsian yang lebih spesifik, anda boleh menghubungi saya dengan mengisi maklumat anda di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s