KENAPA ADA KES TUNTUTAN YANG TIDAK LULUS?

Setiap hari, banyak kes-kes tuntutan yang tidak lulus di mana-mana syarikat takaful dan insuran. Oleh kerana itu banyak pihak telah mengambilkeputusan untuk menularkan hal-hal begini di laman sosial. Saya ingin kongsikan salah satu faktor yang membawa kepada tuntutan manfaat takaful di tolak. Dengan berpandukan kisah viral beberapa bulan lepas saya akang kupaskan sebab-sebab memungkinkan hal begini terjadi.

Keracunan makanan tetapi permohonan untuk rawatan di hospital ditolak?

img_1267-2Di dalam gambar kita dapati si isteri mengadu sakit perut dan doktor di klinik, dari pemeriksaan beliau menasihatkan supaya terus ke hospital. Hal ini adalah prosedur biasa dan tiada kesalahan apabila doktor menyarankan supaya pergi ke klinik pakar atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana si isteri sedang mengandung, kemungkinan besar kesan keracunan makanan itu sudah di tahap boleh membahayakan si ibu dan kandungan dan perlu diawasi di hospital (masuk air) untuk mengelakkan dihidrasi.

Proses untuk masuk hospital bersama surat jaminan syarikat takaful perlukan pemeriksaan yang menyeluruh mengikut jenis penyakit dan doktor pakar perlulah menerangkan langkah-langkah yang diambil dan diagnosis tentang kenapa pesakit perlu dimasukkan.

Kalau doktor-doktor tak salah, kenapa tuntutan ditolak?

Ini adalah disebabkan dari penemuan doktor yang memohon bagi pihak pesakit. Doktor menemui punca sakit perut itu ada berkaitan dengan keadaan kehamilan si isteri. Ini dari pemeriksaan seorang doktor, bukan orang biasa yang main teka penyakit yang dihidapi. Oleh kerana kehamilan termasuk dalam pengecualian am polisi si isteri maka tuntutan itu tidak boleh diteruskan.

Pada pendapat saya, kes begini boleh boleh dijelaskan dengan bertanya kembali kepada doktor, apakah sebab beliau mengeluarkan diagnosis bahawa ianya berkaitan dengan kehamilan. Jika doktor boleh buktikan yang ianya tiada kaitan maka pemegang polisi layak memohon untuk pihak insuran atau takaful menilai kembali tuntutan tersebut dengan syarat mereka menyertakan bukti penemuan dengan dokumentasi yang lengkap. Ejen juga memainkan peranan penting dalam kes sebegini. Sepatutnya dari awal sudah terangkan sampai faham tentang pengecualian dalam polisi walaupun pelanggan selalu lupa dan ambil endah tak endah. Dan ejen tidak boleh biarkan pelanggan dalam kebingungan jika tuntutan di tolak. Kita (ejen) sepatutnya jadi pengantara antara orang dilindungi, pihak hospital dan syarikat insuran atau takaful. Bila tidak jaga hal-hal begini.. nah.. jadilah post viral yang tak menguntungkan mana-mana pihak pun. Satu lagi penyebab ramai tidak percayakan kepentingan takaful.

Sebagai pengguna, anda wajib memahami manfaat-manfaat yang datang dengan polisi yang di beli. Ambil tahu juga klausa pengecualian yang di tulis dengan terperinci di dalam buku polisi. Adakah anda hanya tandatangan borang  permohonan polisi tanpa memahami kontrak apa yang anda persetujui? Jika polisi sudah siap anda kena ambil tahu satu hakikat ini, anda mempunyai masa lebih kurang 14 hari bekerja dari permohonan diluluskan untuk membatal polisi tersebut jika manfaat dan syarat di dalam buku polisi tidak seperti yang di terangkan oleh ejen. Ini adalah perlindungan untuk pelanggan di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia. baiklah, anda boleh berhenti menyalahkan syarikat-syarikat takaful jika anda sendiri tidak tahu manfaat yang anda beli. Di bawah saya ada kongsikan maksud pengecualian am secara umum.

Pengecualian Am

Pengecualian AM bermaksud kes-kes yang dikecualikan untuk semua orang dari mendapat manfaat. Setiap syarikat ada menulis secara terperinci pengecualian am di setiap polisi yang dikeluarkan mereka. Benda yang dikecualikan kebanyakannya sama untuk semua syarikat antaranya kes mencederakan diri sendiri, sakit berkaitan mengandung atau melahirkan, cubaan bunuh diri, perang, penaklukan, berada di tempat risiko tinggi seperti tunjuk perasaan dan riot, sakit sedia ada sebelum menyumbang dalam takaful, sakit congenital (sejak lahir) dan lain-lain.

Jadilah pengguna yang berilmu. Kerana jika manfaat tidak berjaya dituntut, anda lah pihak yang paling terkesan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s