Perbezaan di antara Takaful dan Insurans

snapseedPada permukaan, kedua jenis instrumen kewangan ini nampak seakan akan sama. Kedua-duanya membantu kita melindungi kewangan kita dari risiko-risiko yang kemungkinan akan berlaku. Hampir setengah dari orang yang saya jumpa untuk temu janji berpendapat keduanya adalah benda yang sama hanya beza dari bahasa.

Insurans adalah satu sistem di mana anda memindahkan risiko anda kepada syarikat. Syarikat pula bersetuju untuk menanggung risiko anda dengan syarat anda membayar premium kepada syarikat. Ianya adalah kontrak dua hala di antara anda dan syarikat insurans.

Dapatkah anda faham kenapa ianya tidak patuh shariah? Kerana ianya adalah kontrak bilateral di mana anda dan syarikat dua pihak yang membuat jual beli. Dan jual beli ini ada unsur riba, kerana anda membayar premium untuk ditukarkan kepada wang pampasan yang tidak dapat dipastikan bila akan berlaku.

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Sumber: http://www.insuranceinfo.com.my

Tahukah anda takaful adalah satu sistem di mana anda tidak melakukan jual beli dengan syarikat pengendali?  Kontrak Takaful adalah kontrak unilateral di mana anda membayar fi kepada syarikat pengendali takaful di mana mereka dipertanggungjawabkan sebagai wakil yang menguruskan dana dan tuntutan dari dana sumbangan semua ahli. Wang tuntutan bukan dibayar oleh syarikat takaful. Tuntutan dibayar oleh dana tabarru’  yang datang dari semua ahli ( konsep tolong-menolong). Anda sebenarnya bersetuju untuk menyumbang ke dana takaful dengan membayar tabarru’ (derma). Anda dan semua ahli yang lain akan membantu satu sama lain sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi mengikut manfaat yang layak.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

http://www.insuranceinfo.com.my

Video di bawah juga menerangkan perbezaan antara insurans dan takaful jika anda lebih selesa mendengar penerangan yang lebih visual.

.

sumber: youtube Marifa Academy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s