JUMPA BANYAK EJEN, BANDINGKAN. ADAKAH DIA PUSH PRODUK ATAU DIDIK ILMU?

“Buat apa, kalau aku mati nanti orang lain yang dapat duit. Sebab tu aku buat medical card je”

“Alhamdulillah, nasib baik ko jumpa aku. Aku bagi kau faham. Guna manfaat asas (pampasan kematan, lumpuh kekal) ni memang takda guna untuk kau bro, takaful ni untuk orang yang masih hidup je. Orang mati dah tengah siap-siap nak kena soal dengan malaikat. Malaikat tak ambik rasuah so tak perlu bawak duit”

“Habis tu kenapa kau sibuk cakap penting sangat benda ni dari medikal card?”

“Medikal card tu manfaat rider (tambahan) untuk keselesaan di hospital. Mak ayah kau ada lagi?”

“Ada”

“Kau dah kahwin ni anak berapa orang?”

“Sorang baru, kenapa?”

“Mak ayah kau tolong bagi duit belanja tak?”

“Eh, tolong la”

“Berapa RM sebulan?”

“RM400, adik beradik aku ade gak sorang sikit bagi”

“Isteri kerja kan, belanja rumah dia ada tolong tak dari gaji dia?”

“Ada la dia tolong aku bayar sewa rumah separuh, dalam RM700, gaji dia pun dalam RM1800 camtu.”

“Sori eh bro, aku bagi kau satu situasi. Kau sakit jantung tiba-tiba, masuk hospital swasta dan dapat the best treatment the world can offer, tapi Allah takdirkan kau mati jugak. mak ayah kau dapat lagi tak RM400 sebulan dari kau?”

“Hek eleh, tak dapat la”

“Isteri kau? Siapa nak tolong dia bayar separuh lagi sewa? Anak hantar pengasuh siapa bayar? Baki gaji isteri kau cukup ke nak bayar api, air kereta duit minyak? Gaji dia naik tak kalau kau mati?”

“Hmm”

“Ok cerita yang kurang teruk sikit dari mati la, kalau kau lumpuh tak boleh kerja ko boleh dapat gaji tak? Bini kau dengan gaji tak cukup susah tak nak jaga kau nanti?”

“…”

“Berapa pampasan asas polisi kau ni sekarang? *Call customer service company insurance buat loud speaker* RM25,000 je bang pampasan kau tinggal kat waris. Penama pun masih mak kau lagi. Nak bayar baki Honda City kau pun tak lepas”

“Ala aku tak tau la, ejen aku pun tak cakap”

“Haa sekarang aku dah cakap, camni bro ejen ni pemudah cara je. Tak semua ejen sama. Rezeki je dapat ejen serius. Kadang-kadang masa ko sign up pun diorang masih baru jadi ejen so ilmu tu tak berapa terperinci lagi. Itu kalau masih jadi ejen. Kalau part time pastu dah give up? Sampai ke sudah kau tak sedar. Sebab tu aku mintak jumpa aku jugak. Kau kawan aku kot, ralat aku rasa kalau kawan aku tak faham pasal takaful secara asas padahal aku sendiri ejen.”

“Ok.. ok.. dah tu berapa aku nak tambah ni? Aku nak tau harga je tau. Tak sure lagi nak ambik ke tak.”

“Kah!”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s