Tentang Penulis

snapseedSalam pengenalan buat pembaca Takaful Ready Malaysia. Nama saya Ahmad Helmi Shaharuddin, seorang penasihat takaful mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Memulakan karier sebagai ejen takaful pada penghujung tahun 2014 dan kini sepenuh masa bernaung di bawah agensi Kausar Group Consultancy yang berpusat di Damansara Intan Petaling Jaya. Tujuan saya memulakan laman ini adalah untuk memberikan maklumat yang lebih jujur dan tepat kepada rakyat Malaysia tentang Takaful Hayat.

Dari pengalaman setiap hari bertemu dengan orang ramai, saya dapat rasakan betapa kurangnya keyakinan masyarakat dengan takaful atau insuran secara umum. Saya percaya perkara ini terjadi atas beberapa faktor ternasuklah kurangnya pendedahan tentang aspek perancangan kewangan dalam masyarakat, pengalaman buruk dengan ejen-ejen yang tidak profesional dan sindrom zon selesa bagi mereka yang ditanggung oleh majikan dari segi perubatan.

Sebagai seorang di dalam bidang perancangan kewangan sudah tentulah hal ini sangat membimbangkan saya. Takaful adalah instrumen kewangan yang sangat penting di mana ianya perlu disediakan sebelum membuat simpanan dan pelaburan. Saya harap perkongsian saya di laman ini dapat membantu ramai rakyat Malaysia untuk menyedari hakikat ini.